Kenangan pahit dan manis merupakan pengalaman hidup yang sukar dilupakan dalam kehidupan kita. Selepas tamat tingkatan 5, saya telah mendapat tawaran melanjutkan
pengajian ke peringkat diploma. Iaitu di Kolej Multimedia,Sarawak. Saya
melanjutkan pengajian dalam bidang Teknologi Multimedia. Setelah 3 tahun
menimba ilmu di kolej, akhirnya saya telah bergelar sebagai seorang
graduan yang berkelayakan diploma. Pengalaman yang saya timba di kolej tersebut merupakan pengalaman yang amat sukar untuk saya lupakan sehingga lah sekarang. Di mana ianya proses untuk mematangkan dan menyesuaikan diri.. Pelbagai rintangan dan cabaran yang saya lalui sepanjang tempoh 3 tahun pengajian tersebut. Pahit dan manis tidak terkira. Di saat saya lemah, sahabat saya ini lah yang sentiasa membantu saya, memberikan motivasi dan pertolongan. Suka dan duka ditempuhi bersama dan segala masalah kami kongsikan bersama.Untuk mengharapkan pertolongan daripada keluarga adalah amat payah pada masa tersebut kerana saya tinggal berjauhan dengan keluarga dan tiada saudara mara yang terdekat untuk memberikan pertolongan. Bagi saya, sahabat saya inilah keluarga saya. Dalam pelajaran juga mereka turut membantu. Tanpa adanya shabat saya ini, belum tentu lagi saya akan dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Tanpa mereka juga, kemungkinan pengajian saya separuh jalan sahaja. Mereka bukan sahaja setakat kawan, tetapi merekalah SAHABAT saya, orang yang paling dekat dengan saya.
No comments:
Post a Comment