CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah
encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan
muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus
menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam
hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk
orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat
berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat
untuk bersedekah.
Beberapa
tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi
miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya
turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik
itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment