Sunday, January 19, 2014

Pengalaman Bekerja

 Staff Pejabat Daerah Kanowit

Setelah tamat pengajian peringkat diploma, saya telah mendapat tawaran berkerja di Pejabat Daerah Kanowit, sebagai LPKS. Ini merupakan pengalaman pertama bekerja selepas tamat pengajian. Pada mulanya adalah amat sukar sekali untuk menyesuaikan diri dengan situasi bekerja dan juga pergaulan dengan rakan staf yang lain. Ini adalah kerana di pejabat kebanyakkan staff  ada pertenggahan umurnya dan ada juga yang 30an. Berlainan pula dengan di kolej di mana ratanya kawan-kawan adalah sebaya dengan saya. Untuk menyesuaikan diri tidak lah lama sangat kerana saya merupakan seorang yang mesra. Adalah perasaan yang amat senang sekali kerana semua staff sangat peramah dan juga baik hati. Meskipun golongan pertengahan juga menjadi kawan saya. Banyak tunjuk arjar dan pengalaman yang saya timba daripada mereka. Bekerja di Pejabat Daerah Kanowit adalah sangat menyenangkan dengan adanya kerjasama daripada semua orang. Di sini juga lah saya banyak belajar bersabar berhadapan dengan macam-macam situasi dan ragam daripada pelanggan. Tetapi saya terima semuanya dengan penuk kesabaran. Bekerja di pejabat ini bukan sahaja kerja di dalam pejabat, kami juga diarahkan untuk turun padang seandainya khidmat kami diperlukan. Contohnya membuat bancian ke hulu sungai yang mengambil masa 6 jam menaiki bot ataupun perahu panjang. Walaupun letih setelah seharian menaiki bot, ianya tidak mematahkan semangat untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kami. Banyak lagi pengalaman yang hendak saya kongsikan bersama, tetapi mengambil masa untuk saya ceritakan di blog ini. Dengan ini juga saya sediakan gambar-gambar aktiviti pejabat.






Aktiviti-Aktiviti Pejabat daerah Kanowit

No comments:

Post a Comment