Saturday, January 18, 2014

Kelayakan Akademik

Pada tahun 1997, saya telah dihantar bersekolah di SRB St Francis Xavier, Kanowit. Pada masa tersebut sekolah tempat saya bersekolah belum lagi ditukar kepada sekolah kebangsaan. Saya bersekolah di sini dari darjah 1 hingga darjah 6 (1997-2002). Untuk pengetahuan para pembaca juga, sekolah ini merupakan antara sekolah yang tertua di Malaysia. Di mana ianya ditubuhkan semasa zaman penjajahan British. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1864.. Pada pertengahan tahun 2004, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru kerana bangunannya yang uzur dan tidak selamat untuk digunakan lagi.

Inilah sekolah saya tempat menuntut ilmu dalam masa 6 tahun tersebut.



Pada tahun 2003, tingkatan 1 hingga 5, saya sekolah di SMK Three Rivers Mukah. Ini bermakna saya telah berpindah dari Pekan Kanowit ke Bandar Mukah. Perpindahan ini kerana ayah saya telah ditempatkan bekerja di tempat baru. Jadi kami sekeluarga berpindah mengikut ayah saya dan di sini jugalah bermulanya zaman remaja saya.

SMK Three Rivers, Mukah



 Selepas tamat tingkatan 5, saya telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma. Iaitu di Kolej Multimedia,Sarawak. Saya melanjutkan pengajian dalam bidang Teknologi Multimedia. Setelah 3 tahun menimba ilmu di kolej, akhirnya saya telah bergelar sebagai seorang graduan yang berkelayakan diploma.


Di sini lah bermulanya kehidupan saya sabagai mahasiswa/mahasiswi


Beberepa bulan setelah menamatkan pengajian, saya telah bekerja sebagai Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah(LPKS) dan telah ditempatkan di Pejabat daerah Kanowit. Iaitu di tempat kelahiran saya sendiri. Dalam bekerja, saya telah meneruskan nekad untuk menyambung pengajian hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Berkat daripada kesungguhan, saya telah mendapat tawaran untuk meneruskan Pengajian Luar Kampus(PLK) iaitu belajar separuh masa di Universiti Utara Malaysia(UUM) cawangan Sibu, Sarawak. Sehingga kini saya masih lagi menuntut di universiti tersebut. Dengan harapan agar saya dapat menempuhi segala dugaan dalam 10 semester tersebut dengan jayanya dan memiliki ijazah sarjana muda dengan cemerlang.

Universiti Utara Malaysia

No comments:

Post a Comment