Saturday, January 18, 2014

Maklumat Peribadi


"Anganku" atau nama sebenar ku ialah Desron Dana, berumur 24 tahun. Anak bongsu daripada 3 adik beradik. Merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia (Pengajian Luar Kampus, Cawangan Sibu Sarawak) ambilan April 2013/2014.

Pasti ada yang tertanya-tanya akan kenapa blog ini dinamakan sebagai "Anganku". Untuk pengetahuan para pembaca, idea ini adalah bermula apabila kali pertama mencipta blog ini. Setelah selesai membuat akaun gmail, diminta pula untuk mengisi ruangan "title". Setelah hampir setengah jam  meluangkan masa untuk memikirkan tajuk blog, maka saya pun namakan ianya "Anganku". "Anganku" dipilih kerana ianya sedap didengar, mudah diingati, dan bunyinya kedeangaran agak klasik. Tambahan pula  berangan-angan merupakan salah satu daripada hobiku. Bunyinya kedengaran agak pelik, tapi saya anggap angan-angan itu sebagai motivasi diri untuk maju ke hadapan dalam kehidupan.


Antara hobi yang paling saya minati ialah memancing. Daripada umur 6 tahun lagi saya telah terdedah kepada aktiviti memancing oleh ayah saya. Pada hujung minggu kami menghabiskan masa untuk memancing, termasuk jugalah ibu dan kakak saya turut serta.





Berikut merupakan hasil daripada memancing. Kadang kala, selalu juga saya balik dengan tangan kosong.. Hasil tangkapan sebegini adalah jarang sekali, kerana ianya bergantung kepada cuaca dan juga keadaan sungai. Memancing ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan seekor tangkapan. Berkat daripada kesabaran dan juga kemahiran yang ada, maka dapatlah tangkapan yang sebegini.

Antara hasil tangkapan yang paling saya suka adalah seperti berikut.
Haaa.....ini lah yang saya maksudkan . Yang bergambar bersama ikan tersebut adalah ayah saya. Ikan tersebut adalah hasih dari pada memancing. setelah hampir sejam bertarung dengan Ikan Kaloi tersebut, maka ianya pun penat dan tidak larat untuk melawan lagi. Berat ikan kaloi tersebut ialah 31.2 kilogram. Saya yang mengangkat nya seorang pun tidak larat... Inilah kali pertama saya berjumpa dengan ikan sebesar itu dan saya percaya masih ada banyak lagi yang lebih besar. Diharap apabila memancing di lain waktu saya akan bertemu dengan yang lebih besar lagi...


No comments:

Post a Comment